Wednesday, May 26, 2010

alya nafissa...




minggu pertama di mphtj

1. meeting -6
2.lawatan kawasan dgn cm 2
3. larian baton sukma sabtu dan ahad
4. majlis perasmian 1

busy weh, dulu ada jugak masa nak layan fb sekarang nak buka fb pun tak berapa nak sempat, tapi so far boleh menyesuaikan diri, pelan-pelan kayuh....bak kata orang masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kambing mengaum, masuk kandang harimau, apa lagi kena makanlah...nanti akan diupload gambar ofis di mphtj....

Sunday, May 9, 2010

tempat kan jatuh lagi dikenang... inikan pula tempat bermanja..

selepas 6 tahun di jabatan ketua menteri melaka,, akhirnya aku dapat jawatan tetap. banyak sungguh pengalaman bersama jkmm, mulanya bertugas di bahagian antarabangsa, 1 julai 2004, masa tu bos DR HAFLAH garang wei,,,, kalau buat surat dia check pehhhh sampai koma n noktah pun dia akan check, kena marah biasa,,, tapi sebab dialah aku belajar,,, sampai jadi orang kepercayaan dr, sampai apa-apa pun naim (bukan masuk bakul k) tapi macam tulah... bak kata orang belajar dari pengalaman, dari bos yang garang sampai aku boleh anggap jadi macam ayah, sebab ambil beratnya, caring, dan banyak yang sampai sekarang dan aku takkan lupakan sampai bila2, masa tu makan mewah tiap2 hari jumaat dr akan belanja, abang z akan diberi duit untuk belanja satu ofis, setiap kali ada harijadi staff akulah orang yang akan disuruh arrangge tempat makan... best masa tu.......aku jugaklah yang akan buat paper setiap kali nak buat skt luar melaka, cameron , pd antara tempat yang kitaorang gi,,,,

tapi tetiba Dr kena strok, satu tamparan bagi kitaorang, down n sad masa tu, sebab kehilangan bos yang amat baik....

n then hj amir jadi bos kita orang, yang ni aku tak nak cite banyak sebab memang hampeh....

lepas tu Datuk hasnoor jadi bos kitaorang, dia ok memang baik, masa ni jugaklah aku ditukaran dari bahagian antarabngsa ke Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera m elaka, keputusan exco tu... dekat 3 tahun lebih jugak lah aku dgn datuk hasnoor, lagi sekali aku jadi orang kepercayaan, walaupun orang tak berapa suka sebab katanya aku dipinjamkan (tapi bak kata Datuk Naim biarle apa oorang nak cakap kalau fikirkan apa orang cakap kita boleh mati) tu yangg buatkan aku kuat untuk bekerja di MTESB...so far Datuk akan cari aku dalam banyak hal, (thank datuk atas kepercayaan yang di beri,,,)

28 april aku dapat call, aku dapat tawaran kerja kat tempat baru, dan perlu lapor diri 3 mei, masa tu happy ada sedih ada perasaa bercampur baur,,, maklum le dah 6 tahun sebagai kakitangan kontrak akhirnya dapat jugak tetap...


terima kasih pada semua yang banyak membantu selama aku bertugas di jkmm....

@dumai


kat booth dgn dora invest...

dalam bot, ni otw balik ni...

dgn budak putra hospital n budak telkomsel..

malam setting pameran,, panas gila ni...

booth melaka


Expo Dumai mrupakan lawatan terakhir ku bersama MTESB keluar negara, 4 hari jugaklah aku ke sana, mula-mula macam malas nak gi, tapi SUK approve pulak permohonan, ingatkan nak suruh afiq je gi ngan mazila, 4 hari di dumai, nak sampaikan ke dumai nak kena naik bot nearly 3 jam,,, letih beb....

tidur kat hotel grand zuri, antara hotel yang paling ok kat dumai, harga dalam rupiah 360,000.00 oklah cuma bilik aku takde tingkap, jadi gelap jelah,,

nak cerita pulak tempat pameran dumai expo ni,,,sampai je tempat pameran dah malam, tgk tempat pehhhh,,, takdelah tempat pameran kat malaysia macam ni... dengan rumput tak potong, lampu jalan takde, aircond takde, toilet takde air.. pehhh sadis tu, tapi dah nama pun tugas larungkan jugaklah......

so far trip ni ok sebab aku tak kena keracunan makanan.. aku biasa kalau ke indon ayik keracunan makanan je....

Saturday, May 8, 2010

farewell party en.naim....


7 Mei 2010...tarikh yang akan en.naim ingat coz setelah hampir 4 tahun bersama didalam Majlis Tindakan Ekonomi Sosial & Bumiputera (b4 that kat Antarabangsa since 2004)...dengan rasa berat hatinyer dia akan meninggalkan pejabat itew....en.naim dapat tawaran kerja kat tempat lain...lgpun offer kijer tue tetap....bette 4 dia ke situ...So masa last day, dia n opis mate dia lagik sorang yg kiut miut tue pun dpt kijer tmpt yg sama jgak..buat la majlis skit2...order nasik lemak kat mak n beli la kuih..buah..air...kek plak maz yg sponsor....


kengkawan en.naim....

adiah dr PUKEB...

Bos tengah bagi amanat....

anyway...Gud Luck 4 en.naim utk kije baru yang akan bermula 15 Mei ini...tempat baru,kawan baru,bos baru...suma akan amik masa untuk sesuaikan diri..but dash tau..en.naim sorang yang hardworking..u can do it baby!

daaa...